Beriman dengan tafsil
Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Nama
|
Arab
|
Tugas
|
Jibrail
|
جبرائيل/جبريل
|
Menyampaikan wahyu Allah.
|
Mikail
|
ميكائيل
|
Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
|
Israfil
|
إسرافيل
|
Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
|
Izrail
|
عزرائيل
|
Mencabut nyawa.
|
Munkar
|
منكر
|
Menyoal mayat di dalam kubur.
|
Nakir
|
نكير
|
Menyoal mayat di dalam kubur.
|
Ridhwan
|
رضوان
|
Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
|
Malik
|
مالك
|
Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
|
Raqib
|
رقيب
|
Mencatat segala amalan baik manusia.
|
Atid
|
عتيد
|
Mencatat segala perlakuan buruk manusia.
|
Dari nama-nama malaikat di atas lebih tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). roqb dan atid, ma yalfizu min qoulin illa ladaihi roqib wa atid. (lihat alquran ) Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.
Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.
Beriman dengan ajmali
Beriman
kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang
lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan
wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya
melainkan Allah.
Antara
malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau
yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan
ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung
arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
- Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
- Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
- Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
- Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
- Malaikat Harut dan Marut
Dalam
Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman
kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa
malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak
dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami
secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para
nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara
malaikat Allah SWT.
Iman
kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6
merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat
dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini
salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim,
Rasulullah bersabda: Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah bersabda: Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)
Sejarah Malaikat
Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun mereka telah diberi keampunan oleh Allah s.w.t.
MANUSIA BOLEH NAMPAK MALAIKAT
Kiranya keadaan malaikat itu berupa seperti asalnya nescaya manusia tidak boleh nampak melainkan anbia’ jua kerana jisim malaikat terlalu halus, sama juga seperti manusia tidak boleh nampak angin pada hal angin itu ada penuh di dalam dunia, ialah kerana keadaan halusnya.
Tetapi jika malaikat itu telah berupa dengan rupa jisim yang kasar seperti berupa manusia, maka pada ketika itu dapatlah manusia melihat akan dia.
Adapun nabi-nabi dan rasul-rasul dapat melihat malaikat atas rupanya yang asal kerana nabi-nabi dan rasul-rasul ada satu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada mereka itu supaya dapat mempelajari pelajaran agama dan hukum-hukum syarak daripadanya.
CARA-CARA MENGENAL MALAIKAT YANG BERUPA MANUSIA
Maka sebahagian daripada mereka-mereka yang melihat malaikat yang bukan rupa asalnya bahkan atas rupa manusia ialah sahabat rasul Allah ketika malaikat turun kepada nabi Muhammad saw dan bercakap-cakap dengan nabi sebagaimana nabi bercakap dengan sahabat-sahabatnya ia merupakan dirinya seperti seorang sahabat nabi yang bernama (Dihyatul Kalbi) dan ada kala ia berupa seorang yang segak dengan pakaian putih lagi bersih.
Maka pada mula-mulanya seorang pun tidak mengetahui ia malaikat hanya disangkakan ia itu seorang daripada sahabat rasul Allah atau seorang yang baharu datang kepada rasul Allah jua tetapi kemudian daripada ia telah meninggalkan nabi maka rasul allah pun mengkhabarkan dan menerangkan yang datang itu malaikat Jibrail.
JIBRIL
Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi. Malaikat Jibril mempunyai enam ratus sayap antara masyrik dan maghrib (barat-timur) kira-kira memenuhi alam ini dan
pakaian kebesarannya putih laksana mutiara yang larut, dengan rupa yang
begitu elok dan rupawan, dan dengan kekuatan yang dahsyat penuh
mukzijat. Sayap-sayap itu depenuhi dengan dar (permata besar-besar) dan yakut.
Terdapat dalam kitab Baidhawi, daripada Ibnu Abbas, telah Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s untuk melihat rupa asal Jibril a.s. Maka berkata Jibril: “ Tiada engkau kuasa untuk melihat demikian ini.”Kata Rasulullah: “Benar.” Tanya Jibril a.s: “Dimana engkau kehendaki aku rupakan diriku padamu?” Maka Rasulullah mencadangkan beberapa tempat di tanah Arab, tetapi Jibril a.s menolak cadangan Rasulullah itu kerana tidak cukup besar untuk Jibril a.s menampakkan dirinya pada rupa asalnya. Lalu Jibril a.s pergi ke suatu tempat lalu menukar dirinya dalam rupa yang asal secara perlahan-lahan yang memenuhi di antara timur dan barat, kepalanya pada langit dan kakinya di dalam bumi.
Dalam kisah suci perjalanan Israk Mikraj, sesampainya di pos perjalanan Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril tidak sanggup lagi mendampingi Rasulullah untuk terus naik menghadap kehadirat Allah SWT; beliau berkata :
"Aku
sama sekali tidak mampu mendekati Allah, perlu 60.000 tahun lagi aku
harus terbang. Itulah jarak antara aku dan Allah yang dapat aku capai.
Jika aku terus juga ke atas, aku pasti hancur luluh".
Maha Suci Allah, ternyata Malaikat Mulia Jibril AS pun tidak sampai kepada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda : “ setelah allah menciptakan malaikat Jibril a.s dengan rupa yang sebaik-baiknya, dan Dia jadikan untuknya enam ratus sayap, panjang setiap sayap-sayap berjarak antara Timur dan Barat, maka Jibril a.s memandang kepada dirinya, lalu berkata : “Tuhanku apakah engkau telah menciptakan makhluk lain yang lebih indah rupanya daripada aku?”. Allah swt menjawab : “tidak”. Maka bangkitlah Jibril a.s, lalu solat dua rakaat karena rasa syukurnya kepada Allah swt. Dia berdiri pada setiap rakaatnya selama 20.000 tahun. Tatkala selesai solatnya, maka Allah swt berfirman :”Wahai Jibril, engaku telah menyembah aku dengan sesungguh-sungguhnya, dan tidak ada satupun yang menyembah Aku seperti ibadatmu itu. Akan tetapi akan datang di akhir zaman seorang Nabi yang mulia yang Aku kasihi, bernama Muhammad, dan dia mempunyai umat yang lebih dan berdosa. Mereka melakukan solat dua rakaat dengan lalai dan tidak sempruna, dalam waktu yang sebentar saja (terburu-buru) dan pikiran-pikiran yang banyak dan dosa-dosa yang besar. Namun demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, sesungguhnya solat mereka lebih Aku sukai daripada solatmu. Karena solat mereka berdasarkan perintah-Ku, sedangkan engkau solat tanpa perintah-Ku.
JIbril a.s berkata : “Wahai Tuhanku, apakah yang engkau berikan kepada mereka sebagai imbalan dan ibadat mereka ?”. Allah swt menjawab : “Aku berikan mereka syurga Ma’wa”.
Maka Jibril a.s meminta izin kepada Allah swt untuk melihat syurga itu. Allah swt mengizinkannya. Maka datanglah malaikat Jibril a.s lalu dia kepakkan seluruh sayap-sayapnya, kemudian ia pun terbang. Tiap kali dia buka sepasang sayap, dia dapat menempuh jarak sejauh perjalanan 300ribu tahun, dan tiap kali dia tangkupkan, dia dapat menempuh jarak seperti itu pula. Terbang sedemikian rupa selama 300ribu tahun, namun dia tidak mampu, kemudian hinggaplah ia pada bayang-bayang sebuah pohon, dan dia bersujud kepada Allah swt, lalu berkata dalam sujudnya : “Tuhanku, apakah aku telah mencapai separuh syurga itu, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”.
Allah swt menjawab : “ Wahai Jibril, sekiranya kamu terbang selama 300ribu tahun pun, dan walaupun Aku berikan kepadamu kekuatan lagi seperti kekuatanmu itu serta sayap-sayap lagi seperti sayap-sayapmu itu, lalu engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan. Namun kamu tidak akan mencapai sepersepuluhnya dari apa yang Aku berikan kepada umat Muhammad sebagai imbalan dari solat mereka dua raka’at”. (Misykat al-Anwar).
MIKAIL
Malaikat Mikail tugasnya membagi rezeki kepada semua makhluk, termasuk memberi makan, minum, dan menurunkan hujan.
Sementara itu sebuah sumber menyebutkan dari kepala Malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faron.
Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di
atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas
setiap bulu-bulunya terdapat sebanyak satu juta muka. Setiap muka ini
pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta
lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa
atau lisan. Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar
pada Allah bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Setiap satu juta muka
atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya senantiasa
menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata. Disebutkan
bahwa setiap titisan air mata Malaikat Mikail akan dijadikan Tuhan
sesosok Malaikat Karubiyyuun yang secara otomatik Malaikat Mikail
menjadi pemimpin dari malaikat karubiyyuun tersebut.Setiap
malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah hingga hari
kiamat”.
ISRAFIL
Malaikat tugasnya terlibat
dalam soal-soal yang berhubung kait dengan qiamat, seperti meniup
sangkakala tanda qiamat, meniup sangkakala tanda manusia dibangkitkan di
padang mahsyar dan lain-lain. Beliaulah yang terakhir sekali makhluk
yang dimatikan Allah swt apabila qiamat kelak dan nyawanya dicabut oleh
Allah sendiri. Beliau jugalah Malaikat yang pertama sekali dihidupkan
oleh Allah utk meniup sangkakala untuk menghidupkan makhluk lain
kemudiannnya.
Beberapa sumber mengatakankan bahawa, pada
permulaan waktu Israfil memiliki empat sayap, sangat tinggi sehingga
boleh menyentuh tiang-tiang syurga. Malaikat
yang rupawan ini merupakan penguasa muzik, Israfil selalu
bernyanyi/berzikir untuk memuji Allah dalam ribuan bahasa yang berbeza.
Dari Ibni Abbas ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya
ALLAH swt telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus
berdiri dengan lurus diatas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat
wajahnya. Diantara dia dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat 70 hijab
(dinding) dari Nur. Jika ia mendekati kepada hijab ini nescaya akan
terbakar."
Israfil selalu memegang terompet suci yang
terletak di bibirnya selama berabad-abad, menunggu perintah dari Tuhan
untuk meniupnya menjelang hari kiamat. Pada hari itu ia akan turun ke
bumi dan berdiri di batu/ bukit suci di Jerusalem.
IZRAIL
Tugasnya adalah mencabut
nyawa dan membawa nyawa itu ke alam barzakh setelah jasadnya dikuburkan.
Beliau Juga digelar sebagai malaikat maut.
Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.
Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.
Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya.
Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : “Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?”
Allah SWT menjawab : “Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya”.
Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut. Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari.
Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan. Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.
MUNKAR DAN NAKIR
Beliau bertugas menyoal manusia di alam
kubur mengenai segala amalannya didunia ini. Setelah kematian
seseorang, rohnya akan menuju ke alam barzakh atau secara sinonimnya
juga turut disebut sebagai alam kubur, dimana si mayat akan dibolehkan
kembali bangkit dan berbicara ketika ditanya oleh kedua-dua Malaikat
Munkar dan Nakir, walaupun tubuhnya telah hancur. Pertanyaan akan
dimulakan yakni selepas proses pengkebumian telah selesai dan setelah 7
langkah orang terakhir beredar dari tempat dikuburkan sesuatu mayat.
Hadis At-Tirmizi meriwayatkan : Sesungguhnya mereka berdua itu kehitam-hitaman kebiru-biruan.
Apabila dimasukkan seorang manusia itu ke dalam kubur dan di tinggalkannya keseorangan,Malaikat Munkar dan Nakir akan datang kepadanya membawa roh bersamanya dan di masukkan semula ke dalam jasadnya dengan izin Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengikatnya di dalam kuburnya dan mengherdiknya dengan satu herdikan hingga hancur berderai tulangnya dan anggota badannya daripada sendi-sendinya lalu dipukullah ia dengan cemeti.
Kemudian Munkar dan Nakir mendudukkannya dan berkata kepadanya : sesungguhnya kamu sekarang berada di alam barzakh,maka ketahuilah keadaan kamu dan ketahuilah tempat kamu sekarang ini.Munkar dan Nakir mengherdiknya kali kedua dan berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah kamu sekarang sudah pergi meninggalkan dunia dan kamu sudah sampai ke tempat kehancuran kamu,maka beritahu kami siapa Tuhan kamu?apakah agama kamu?siapakah Nabi kamu?andai kata manusia yg mati itu adalah orang mukmin iaitu yg beriman kepada Allah maka dia akan berkata : Allah Tuhanku,Muhammad Nabiku,Islam agamaku.
Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dengan herdikan sehingga dapat dilihat terpisahnya sendi-sendi jasadnya dan terputus terpisahlah saluran darahnya dan Munkar dan Nakir berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah apa yg kamu katakan,maka Allah memberikan ketetapan dan kemampuan kepadanya dengan kata-kata yg benar ketika hidup di dunia dan juga di akhirat.Allah memberikannya rasa ketenangan dan dilindunginya daripada ketakutan,dia tidak berasa takut kepada Munkar dan Nakir.Dan dia berkata : kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) menakut-nakutkan aku seolah-olah aku merasa ragu-ragu was-was pada Tuhanku dan kamu mahu aku menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia adalah Tuhanku dan Tuhan kamu berdua.
Dan tuhan setiap sesuatu dan Nabi Muhammad nabiku dan Islam agamaku?Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dan bertanyakan tentang persoalan itu.Maka dia menjawab : Allah Tuhanku tuhan sekelian alam yg wajib aku sembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yg lain dan aku tidak menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Adakah kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) mahu menolak aku daripada mengetahui tuhanku yg wajib aku sembah kepadanya dan ibadahku?Lalu di jawab : Ya.Dialah Allah tidak ada tuhan melainkanNya. Malaikat Jibril berkata : apabila dia menjawab persoalan Munkar dan Nakir,lalu Munkar dan Nakir menjadi khusyuk dan tawaduk kepadanya hingga dia dapat berjinak-jinak bermesra baik dengan Munkar dan Nakir.
Mereka berdua ketawa kepadanya dan berkata kepadanya : kamu sudah membenarkannya maka Allah memperluaskan pandangan kamu dan menyampaikan berita gembira kepada kamu dengan syurga Allah serta kemuliaanNya.Kemudian diberikan balasan kepadanya dan diluaskan kuburnya seluas-luasnya iaitu seluas mata memandang dan dibukakan baginya pintu yg menuju ke syurga.Maka masuklah dia ke dalam syurga dengan haruman bauan syurga dan diperindahkan kuburnya dengan kemuliaan Allah.
Apabila dia melihatnya dia merasa yakin lalu dia memuji Allah.Kemudian di hamparkan baginya hamparan permaidani daripada kain sutera syurga dan diletakkan baginya cahaya di kepalanya dan juga cahaya di kakinya yg menerangi kuburnya.Kemudian dimasukkan ke dalam kuburnya bauan haruman yg lain.Apabila dia mencium haruman tersebut dia merasa seolah-olah mengantuk lalu tidurlah dia.Lalu Munkar dan Nakir berkata kepadanya : tidurlah kamu seperti tidurnya malam pengantin ( tidur pengantin ) yg menjadikan sejuk mata memandang tiada perasaan takut dan sedih.
Kemudian datanglah amalan-amalan soleh dan menyerupai dalam sebaik-baik rupa bentuk serta dalam bentuk sebaik-baik haruman yg berada di kepalanya.Munkar dan Nakir berkata kepadanya : inilah amalan kamu dan kata-kata kamu yg baik di mana Allah menyerupakan amalan-amalan kamu dalam sebaik-baik rupa yg kamu lihat yg akan menemani kamu di dalam kubur.Kamu tidak akan keseorangan dan amalan-amalan kamu akan lindungi kamu daripada setiap binatang dan apa yg menyakitkan kamu.Amalan-amalan kamu tidak akan meninggalkan kamu di dalam kubur dan tiada negeri yg kekal abadi pada hari kiamat hingga kamu masuk ke dalam syurga Allah dengan rahmat Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengucapkan salam kepadanya dan pergi meninggalkannya.
RAQIB DAN ATID
Malaikat ini berada di kiri dan kanan
setiap manusia. Malaikat Raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat
sementara Malaikat Atid di sebelah kanan mencatat amalan baik. Tiap satu
kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan oleh Malaikat Atid
manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja oleh
Malaikat Raqib. Jumlah Malaikat Atid dan Raqib diyakini sebanding dengan
jumlah manusia sepanjang zaman
Di Padang Mahsyar apabila dimulakan
timbangan amal, ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
MALIK
Tugasnya adalah Ketua Penjaga Neraka dan Ketua Malaikat Zabanniah dengan penampilan yang sangat menakutkan dan mengerikan bagi para penghuni Neraka. Mansur bin Amar berkata; “Telah sampai kepadaku riwayat malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka dan pada setiap kaki nya ada tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai.” Kalau malaikat Malik memandang ke neraka penghuninya akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik.
Neraka yang dijaga Malaikat Malik bertingkat-tingkat . Neraka paling bawah Al Hawaiyah dicipta khas buat golongan munafik dan kafir selepas diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s dan juga kerabat Firaun. Tingkat Kedua Jahim, khas untuk orang orang musyrikin. Tingkat ketiga Sagar khas untuk orang orang Shobi'in (penyembah bintang). Tingkat keempat Ladha khas untuk iblis dan pengikutnya serta kaum majusi (penyembah api). Tingkat kelima Khutamah khas Untuk orang -orang Yahudi. Tingkat keenam Sa'ir khas untuk orang Nasrani. Dan Tingkat ketujuh Jahannam khas untuk umat Muhammad yang berdosa besar dan tidak sempat bertaubat.
RIDWAN
Tugasnya adalah menjaga Syurga dengan penampilan yang sangat menyenangkan para penghuni Syurga.
MALAIKAT YANG LAIN
Zabanniyah (Zabanniah). Mereka adalah pembantuk Malaikat Malik di neraka. Huruf Al-Basmalah itu ada 19 dan bilangan huruf az-Zabaniyah juga ada 19. Mereka dinamakan demikian (Zabaniyah) kerana mereka itu boleh bekerja dengan kaki seperti mereka bekerja dengan tangan. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang dengan salah satu tangan, 10,0000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan megambil sedemikian dengan kaki yang lain.
Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatannya. Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawahnya setiap pemimpin itu ada penjaganya yang bilangannya hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya. Mata mereka laksana kilat yang menyambar, giginya seperti putihnya tanduk lembu, bibirnya menyentuh telapak kaki dan mulutnya mengeluarkan api. Antara 2 bahu setiap malaikat jauh perjalanan satu tahun.
Hamalat al ‘Arsy – Empat malaikat pembawa arasy Allah, pada hari kiamat.
Harut dan Marut – Dua Malaikat yang turun di negeri Babil. Mereka dikurniakan kebolehan didalam bidang sihir hingga boleh mengajarkan kepada manusia ilmu sihir tersebut dan saki baki ilmu tersebut masih diamalkan hingga ke hari ini. Kisah mengenai Harut dan Marut (tidak terdapat di dalam Al Quran) yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka Allah memberi mereka nafsu yang dimiliki oleh manusia. Sebaik sahaja mereka jatuh ke bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Mereka telah diberi pilihan, iaitu berzina, membunuh, atau minum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang paling ringan. Akibat meminum arak mereka menjadi mabuk dan telah berzina dengan wanita tersebut dan kemudian membunuhnya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil.
Babil atau dikenali dengan Babylon di
Iraq. Babylon ketika itu penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan
kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja,
arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari
semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok
manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan
menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang,
kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat
dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka
menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut
berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan
dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan
kecantikan mereka berdua.
Setelah lama berjalan jalan di
kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa
sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku
berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya. Marut
menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi
perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
Selesai makan, mereka pun
memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati
seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua
terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya
cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan
Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan
dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa
tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh
mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.
Tetapi setelah perasaan
penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka
memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati
mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara
iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT.
Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat jalan
penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu
bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah
segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus
melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis
tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah,
mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali
bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan
perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.
Dalam perjalanan itu Harut dan
Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya
apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah
dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka. Harut pun
berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita
melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia! Marut
menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai
sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi
tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari pun
terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih
ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar
menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan
Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil
memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Setelah sampai di bandar, Harut
berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut
menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita
dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah
kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat
makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja
untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan
kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki
harta cukup kepada kita.
Sejak
saat itu seluruh Malaikat dilangit, disamping memuji Allah swt, mereka
selalu berdoa agar Allah sudi kiranya mengampuni dosa dosa manusia yg
beriman yg tinggal dibumi ini. Terhadap kedua Malaikat yg dijadikan
percubaan oleh Allah disuruh pilih menjalani siksa dunia atau siksa
akhirat. Lalu keduanya memilih siksa dunia kerana dunia ini tidak
kekal. Sedangkan siksa akhirat adalah siksa yg kekal, begitulah kedua
malaikat itu disiksa oleh Allah didunia, dan bebas dari siksa diakhirat
kelak.
Akhirnya banyak manusia yg mendatangi kedua Malaikat itu untuk mempelajari ilmu sihir yg dapat mencerai beraikan antara suami isteri. Kedua Malaikat itu tak lupa menerangkan kepada orang ramai di zaman itu bahawa ilmu sihir itu adalah sebagai (fitnah) bagi mereka dan tidak akan bererti apa apa kecuali degan izin Allah. Dan pasti ianya mendatangkan kerosakan semata-mata bahkan tiada untung dan pahalanya malah dosa, kerugian dan syirik sahajalah yang ditanggung. Sekalipun begitu, masih ramai saja manusia yg ingin mempelajarinya yg terang terangan tidak bermanfaat dan malah akan mendapatkan siksa yg amat berat diakhirat kelak.
Darda’il – Malaikat yang mencari orang yang berdo’a, bertaubat, minta ampun dan lainnya pada bulan Ramadhan. Dalam hadits yang lain dijelaskan: Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat yang bernama "Malaikat Darda'il". Dia mempunyai dua sayap, satu sayap berada di Barat yang terbuat dari yaqut merah, dan sayapnya yang lain berada di Timur yang terbuat dari zamrud hijau yang ditaburi dengan mutiara dan yaqut serta marjan, kepalanya berada di bawah 'Arasy, sedang kedua telapak kakinya berada dibawah bumi yang ketujuh.
Hafazhah (Para Penjaga): Para
Malaikat Hafazhah Penjaga Tujuh Petala Langit melepasi langit Ketujuh
untuk sampai kepada Allah SWT, mereka Para Malaikat dari kalangan Penjaga amalan Ikhlas "Liwajhillah"
“Kemudian
naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan
itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak
berdiam, (dari perkara yang sia-sia) dan banyak berzikir. Amalan hamba
ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga
mereka melintasai segala halangan dan sampai kepada Allah. Para
malaikat itu berhenti dihadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan
dan kebaikan amalan tersebut.” Lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:
“Kamu
adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku
lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak
menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki
sesuatu yang lain daripadaKu, oleh kerana itu maka Aku turunkan
keatasnya akan laknatKu”.
Lalu para malaikat tadi berkata:
“Keatasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu dilaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.
Mendengar sabda Nabi SAW ini, lalu Muaz menangis seraya berkata: “Engkau
adalah Rasulullah SAW, sedang aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan
Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera. Lalu Rasulullah SAW menjawab:
“Hendaklah engakau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan.
Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang
membaca Al Quran (golongan Ulama’) dan pertanggungkanlah segala dosamu
keatasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu keatas mereka dan
jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela
orang lain dan jangan engkau memuji dirimu dihadapan mereka. Dan jangan
engkau campurkan urusan dunia didalam urusan akhirat. Dan jangan engkau
menyombong diri didalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu
kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan
seorang lagi ada disisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka
akan terputus daripadamu segala kebaikan didunia dan diakhirat. Dan
jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan
dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti”. Allah telah berfirman (maksudnya):
“Demi yang mencarik akan carikkan”. (Al Nazia’at: 2).
Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu? Muaz bertanya “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?”. Lalu Nabi SAW menjawab: “Itulah anjing-anjing garang didalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang”.
Muaz bertanya: “Ya
Rasulullah, siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang
engkau sebutkan tadi?. Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan
itu?”. Nabi SAW menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”.
Kemudian,
lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat
seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz
kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.”
Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (hasad, riak dan ujub) ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama, iaitulah ‘hubbud dunia’ (cinta dunia). Oleh kerana itu Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Cinta dunia itu adalah punca daripada segala kejahatan.” (riwayat Al Baihaqi).
Namun
sesiapa yang mengambil dunia sekadar yang ia perlukan, iaitu untuk
sampai keakhirat, maka dunia seperti ini adalah ladang akhirat, yang
tidak akan membinasakannya.
Dan jika engkau menuntut ilmu “Qila wa Qala” (ertinya ilmu perdebatan) dan ilmu perbalahan dan khilafiyah, maka alangkah besarnya musibahmu.
Maka
sesiapa yang mencari dunia dengan menggunakan agama ia akan rugi
didunia ini dan diakhirat, dan siapa yang meninggalkan dunia dan memberi
penumpuan kepada agama pasti ia akan untung kedua-duanya sekali.
“Kemudian
naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan
ini ialah solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi
(maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya bercahaya bagai
cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang
malaikat, sehingga mereka berjaya sampai kepintu langit yang ketujuh,
lalu, berkata malaikat penjaga langit yang ketujuh itu:
“Berhenti
kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang
mengerjakannya, bahkan pukullah pula akan seluruh anggota badannya dan
tutupkan keatas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir disini
bermaksud: mencari sebutan, iaitu saorang yang beramal dengan tujuan
supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang
yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari
keredhaan Allah tetapi kerana supaya mendapat tempat yang tinggi
dihati para fukaha dan supaya disebut dikalangan para ulama’ dan supaya
masyhur namanya dimerata tempat. Allah menyuruhku supaya aku tidak
membiarkan amalan orang yang riak seperti
ini dapat melintasai aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah
riak dan Allah tidak menerima amalan orang yang riak”.
Mu’aqqibat – Para malaikat yang selalu memelihara/ menjaga manusia dari kematian sampai waktu yang telah ditetapkan yang datang silih berganti. Al-Mu’aqqibat adalah para malaikat yang menjaga setiap makhluk pada waktu bermukim, bepergian, waktu tidur atau ketika terjaga dari kematian sampai datang waktu kematian yang telah ditetapkan. Para malaikat ini termasuk dalam golongan Hafazhah (Para Penjaga).
Dalam hadits lain dikatakan bahwa “Para malaikat bergiliran untukmu pada malam dan siang hari. Mereka berkumpul dalam solat subuh dan solat asar. Kemudian malaikat malam naik kepada Allah. Allah bertanya, kepada para malaikat sedang Dia lebih mengetahui tentang kamu, "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku saat kamu tinggalkan?" Para malaikat berkata, "Kami mendatangi mereka sedang mengerjakan solat dan kami meninggalkan mereka sedang solat pula."”
Arham – Malaikat yang diperintahkan untuk menetapkan rezeki, keberuntungan, ajal dan lainnya pada 4 bulan kehamilan.
Jundallah – Para malaikat perang yang bertugas membantu nabi dalam peperangan.
Ad-Dam’u – Malaikat yang selalu menangis jika melihat kesalahan manusia.
An-Nuqmah – Malaikat yang selalu berurusan dengan unsur api dan duduk disinggasana berupa nayala api, ia memiliki wajah kuning tembaga.
Ahlul Adli – Malaikat besar yang melebihi besarnya bumi besera isinya dikatakan ia memiliki 70 ribu kepala.
Ar-Ra’d – Malaikat pengatur awan dan hujan.
Malaikat Berbadan Api dan Salju – Malaikat yang setengah badannya berupa api dan salju berukuran besar serta dikelilingi oleh sepasukan malaikat yang tidak pernah berhenti berzikir.
Penjaga Matahari – Sembilan Malaikat yang menghujani matahari dengan salju.
Malaikat Rahmat – Penyebar keberkahan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang shaleh, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat `Adzab.
Malaikat `Adzab – Pembawa roh orang-orang kafir, zalim, munafik, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Rahmat.
Pembeda Haq dan Bathil – Para malaikat yang ditugaskan untuk membedakan antara yang benar dan salah kepada manusia dan jin.
Penentram Hati – Para malaikat yang mendoakan seorang mukmin untuk meneguhkan pendirian sang mukmin tersebut.
Penjaga 7 Pintu Langit – 7 malaikat yang menjaga 7 pintu langit. Mereka diciptakan oleh Allah sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.
Pemberi Salam Ahli Surga – Para malaikat yang memberikan salam kepada para penghuni surga.
Pemohon Ampunan Orang Beriman – Para malaikat yang terdapat disekeliling ‘Arsy yang memohonkan ampunan bagi kaum yang beriman.
Pemohon Ampunan Manusia di Bumi – Para malaikat yang bertasbih memuji Allah dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.
Malaikat Pelindung. - Dalam buku yang berjudul Jawaahi al-Khamsah yang dituliskan kembali oleh Patrick Hughes dalam bukunya yang berjudul "A Dictionary of Islam: Being a Cyclopaedia of the Doctrines, Rites ...," disebutkan nama-nama Malaikat Pelindung adalah sebagai berikut:
|
|
Wallah Huaklam...
anda menulis malaikat raqib pencatat amalan baik dan atid amalan buruk, sedangkan pada penjelasan, anda menuliskan malaikat raqib sebagai pencatat amalan buruk dan atid amalan baik,anda menuliskan yg benar atau hanya copas dari blog lain tanpa anda membaca dengan teliti. mohon di perbaiki agar tidak menjadikan pemahaman yg salah kaprah kajian tentang iman kepada malaikat
BalasHapus