GHIBAH (MENYEBUT KEJELEKAN
ORANG)
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabat: "Allah
s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang
lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan)
hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada
orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah
s.a.w. Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?"
"Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah
tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan
untuk menjelekkan nama orang)." jawab Rasulullah
s.a.w.
Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada
seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad
s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah
pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak
menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling
jelek padanya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada malam Israa ke
langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian
dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan
dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: "Ya Jibril, siapakah
mereka itu?" Jawabnya: "Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah
(menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek
dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.
Abul Laits berkata: "Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti
berikut:
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang
sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan
apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang
daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit:
"Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami
sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad
s.a.w. mengirimkan daging kepada kami." Ketika Zaid telah
berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: "Zaid itu
telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana
yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?" Maka ketika
Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi
Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: "katakan kepada mereka:
"Kamu kini telah makan daging." Maka segera Zaid bin Tsabit kembali
menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Mereka berkata: "Demi Allah, kami sudah lama tidak makan
daging." Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad
s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah
itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap
berkata: "Mereka kini telah makan daging." Maka kembali Zaid kepada
mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua
menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan:
"Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada
digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu."
Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf
kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit."
Jabir bin Abdillah r.a. berkata: "Terasa angin yang membawa bau busuk
dimasa Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Ada orang-orang munafiq yang ghibah
orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk."
Allah s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan
patuh kenyataan kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah
s.w.t. kepada hambaNya."
Ketika ditanya kepada seorang hakim: "Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah
itu?" Jawabnya: "Dimasa Nabi
Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan
membuktikan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana
banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang
demikian, maka tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana
seorang yang pertama kali tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada
hidungnya tetapi ahli tempat itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan
bau apa-apa kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu."
Asbaath dari Assuddi berkata: "Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat
yang diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka
berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang
memasak, lalu ada beberapa orang berkata: "Apakah maksud hamba ini, hanya
mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?"
Kemudian mereka berkata kepada Salman: "Pergilah engkau kepada Nabi
Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami." Maka pergilah
Salman menyampaikan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: "Beritahulah kepada
mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk." Maka kembalilah Salman kepada
kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: "Kami belum makan apa-apa."
Salman berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya." lalu dikatakan
oleh Nabi
Muhammad s.a.w.:"Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu
membicarakan (ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur." Lalu Nabi
Muhammad s.a.w. membacakan Surah
Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): "Ya
ayyuhalladzina aamanuuj tanibu katsira minadhdhanni inna ba'dhadhdhaani its mun
wala tajassanu, wala yagh tabba'dhukum ba'dha, a yuhibbu ahadukum an ya'kula
lahma akhihi maita fakarih tumuuhu." (Yang bermaksud):
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka,
sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan
orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada
setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah
mati, tentu kamu jijik (tidak suka)."
Ibn Abbas r.a. berkata: " Ayat(Yang berbunyi): "Wala
yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan
jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu.
Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi
Muhammad s.a.w.. Pada suatu ketika semasa berpergian Nabi
Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang kaya dititipi sahabat yang
tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya dan ikut makan bersama
keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang dan pada hari itu Salman
tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya itu, lalu disuruh oleh
keduanya: "Pergilah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. minta untuk kami sisa-sisa lauk pauk." Maka
pergilah Salman akan tetapi ketika Salman baru saja berangkat tiba-tiba kedua
orang itu berkata: "Orang itu andaikan dia pergi kesumur nescaya akan
berkurang airnya." Maka ketika telah sampai kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi
Muhammad s.a.w. apa yang diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Beritahu kepada keduanya bahawa kamu
berdua telah makan lauk pauk." Dan ketika disampaikan oleh Salman apa yang
disabdakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Maka segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi
Muhammad s.a.w. dan berkata: "Kami tidak makan lauk pauk."
jawab Nabi
Muhammad s.a.w.: "Saya telah melihat merahnya daging dalam mulut
kedua kamu." Berkata kedua mereka itu: "Kami tidak punya lauk pauk (daging)
dan tidak makan daging pada hari ini." Maka Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Kamu telah membicarakan saudaramu,
apakah kamu suka makan daging orang mati?" Jawab keduanya: "Tidak."
Maka Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebagaimana kamu tidak suka makan
daging orang mati maka jangan membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa
yang ghibah pada kawannya bererti makan dagingnya."
Alhasan Albashri diberitahu: "Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu."
maka langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil
berkata kepadanya: "Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu
kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima
sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu."
Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama,
tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: "Orang
biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti."
Abu Umamah Albahili r.a. berkata: "Seorang hamba telah diberi suratan
amalnya pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat
yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya: "Ya
Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?" Jawab
Allah s.w.t.: "Itu dari apa yang orang ghibah kau
dan engkau tidak merasa."
Ibrahim bin Adham berkata: "Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir
(bakhil) dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan
akhiratmu kepada musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak
terpuji kerana kelomananmu."
Seorang hakim berkata: "Ghibah itu sebagai lalap untuk para
qurra dan jamuan orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk
anjing-anjing manusia dan tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang
bertaqwa."
Anas bin Malik r.a. berkata Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat macam yang dapat membatalkan
puasa dan wuduk dan menghapuskan amal (merosakkan) ialah:
-
Ghibah
-
Dusta
-
Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya
-
memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya
Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana
air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai semua
dosa-dosa.
Ka'bul Ahbaar berkata: "Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang
dahulu: "Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka
ia terakhir orang yang masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah
maka ia pertama yang masuk neraka."
Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: "Bagaimana jika kamu
melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu
menutupinya?" Jawab mereka: "Ya." Berkata Nabi Isa a.s. "Bahkan
bertambah kamu buka yang belum terbuka." Mereka berkata: "Subhanallah,
bagaimana akan kami buka yang belum terbuka?" Nabi Isa a.s. berkata: "Tidakkah
bila ada orang menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa
yang tidak disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa
auratnya."
Khalid Arrib'i berkata: "Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada
orang membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka
berhenti. Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang
yang pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya
saya mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi
lalu berkata kepadaku: "Makanlah." Saya jawab: "Saya disuruh
makan daging babi!, Demi Allah saya tidak
akan makan." Lalu ia membentak keras kepadaku sambil berkata: "Engkau
telah makan yang lebih keji dari ini." Lalu dipaksakan daging babi itu
didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah,
saya telah tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih
terasa rasa dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku."
Sufyan bin Alhushain berkata: "Saya duduk bersama Iyaas bin Mu'awiyah,
tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka berkata
Iyaas kepadaku: "Diam." Kemudian ia bertanya: "Hai Sufyan, apakah
kau pernah memerangi Rom?" Jawabku: "Tidak." "Apakah kau
telah berperang dengan Turki?" tanya Iyaas lagi. Jawabku: "Tidak."
Lalu ia berkata: "Rom dan turki selamat daripadamu tetapi saudaramu sesama
muslim tidak selamat dari gangguanmu." Maka sejak itu saya tidak lagi
berani ghibah."
Hatim Azzahid berkata: "Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat
Allah s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:
-
Membicarakan soal keduniaan semata-mata
-
Ketawa keseronokkan
-
Ghibah
Yahya bin Mu'aadz berkata: "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga
macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:
-
Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)
-
Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya
-
Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya
Mujahid berkata: "Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia
menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: "Untuknya dan
untukmu mendapat seperti itu." sebaliknya jika menyebut kejelekkan
saudaranya, maka Malaikat itu berkata: "Engkau buka auratnya, engkau baiki
dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang
telah menutupi kejelekkan auratmu."
Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang
berkata: "(Fulan) tidak datang." Lalu disambut oleh yang lain: "Itu
memang berat (tidak biasa bergaul)." Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata:
"Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah
pada seorang muslim." Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga
hari.
Seorang hakiem berkata: "Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga,
maka kerjakanlah yang tiga iaitu:
-
Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan
-
Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka
-
Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia
Wahb Almakki berkata: "Bila saya dapat meninggalkan ghibah
maka itu lebih baik bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan
sehingga rosak, lalu saya gunakan untuk kepentingan
fisabilillah dan bila saya dapat menahan mataku dari yang haram
lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk bersedekah
fisabilillah." Kemudian ia membaca: "(Yang berbunyi):
"Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha
(Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan
setengahmu. Qul lilmu'minnina ya
ghughghu min abshaarihim. (Yang bermaksud): "Katakanlah
kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya."
Abul Laits berkata: "Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang
ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan. Sebahagian
menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut pendapat kami,
jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus
minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji
kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya."
Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: "Saya telah ghibah
membicarakan kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku." Jawab
Ibn Sirin: "Bagaimanakah saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan
oleh Allah s.w.t." Seolah-olah Ibn
Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah
s.w.t. disamping minta maaf kepada yang dighibah itu.
Jika belum diketahui oleh orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah
s.w.t. disamping mendoakan baik bagi yang dahulu dighibah
itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya
tidak merisaukan hatinya.
Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau
menjelekkan kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:
-
Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu adalah bohong
-
Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu untuk meminta maaf dan menghalalkannya
-
Minta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya sebab itu termasuk dosa besar
Bahkan Allah s.w.t. telah
menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan didalam ayat yang
berbunyi: "Faj tani'bur rijsa minal autsaan,
waj tanibu qoulazzur. (Yang bermaksud): "Tinggalkan
semua yang najis dari berhala-berhala itu dan tinggalkan juga kata-kata yang
palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak dianggap ghibah kecuali jika disebut nama
perseorangan tetapi menghindari itu lebih baik."
Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya
berkata: "Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu."
Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: "Mengapakah
kau menceraikan isterimu?" Jawabnya: "Saya ini seorang yang sangat
cemburu dan saya khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari
kiamat, lalu disebut-sebut isteri Fulan bin Fulan itu dituntut
oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu segera saya ceraikannya."
Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:
-
Menyebut kekejaman raja yang zalim
-
Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang
-
Menyebut kesalahan ahli bida'ah jika disebut faham madzhabnya
Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang
dosa. Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kejahatan orang lacur supaya
orang lain berhati-hati daripadanya."
Ghibah itu ada empat macam iaitu:
-
Menyebabkan kufur (kafir)
-
atau Munafiq
-
atau Dosa
-
atau Mubah berpahala
Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah
terhadap seorang muslim dan ketika diperingatkan, ia berkata: "Ini
bukan ghibah, sebab saya berkata sebenarnya.", maka ini telah
menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah
s.w.t. maka hukumnya Kafir.
Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada
orang tetapi tidak disebut namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia
menujukan kepada seseorang dan ia merasa bahawa ia berlagak wara'
(menjauhi yang haram) maka ini nifaq.
Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa
bahawa itu memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah
pada seorang fasiq yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida'ah, maka
ia akan mendapat pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan
diri daripadanya. Sebagaimana Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kehajatan orang yang lacur
supaya orang-orang berhati0hati daripadanya."
Abul Laits berkata: "Ayahku menceritakan: "Bahawa diantara para Nabi
yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya
mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu
malam ia bermimpi diperintahkan: "Jika engkau keluar diwaktu pagi maka
pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan
yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima
larilah daripadanya." Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit
hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: "Aku diperintahkan
makan apa yang aku hadapi ini." lalu ia sedar dan berkata: "Tuhan
tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan." Maka
ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba
bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis
bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah.
Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus
disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya,
akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam algi dan
keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata:
"Saya telah melaksanakan perintah." maka ia terus berjalan dan
tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar helang dan burung itu berkata: "Ya
Nabiyallah, tolong aku." Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka
datang helang itu dan berkata: "Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan
saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan
rezekiku." Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya
tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan
memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang.
Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia
lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: "Ya Tuhan, aku telah
melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu." Maka ia bermimpi:
"
-
Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu.
-
Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak
-
Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya
-
Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantupadanya meskipun kepadamu sendiri berhajat
-
Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang_
Tidak ada komentar:
Posting Komentar